Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


JWP MEMPERKASA BELIA MELALUI TVET

Unit Kemiskinan, Bahagian Sosio Ekonomi, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) pada hari ini telah menghadiri Majlis Penutup Program Furniture and Timber Machining Technology (FTMT) yang diadakan di Pusat Kemahiran Industri Perkayuan (WISDEC), Pusat Perindustrian Olak Lempit, Banting, Selangor.
REKAYU Furniture Studio selaku rakan strategik JWP telah mengadakan kolaborasi bersama WISDEC dalam menyediakan latihan kemahiran TVET kepada belia tempatan, meliputi kemahiran pengendalian mesin kerja kayu dan pembuatan perabot.
Majlis tersebut menyaksikan seramai tujuh orang pelatih berjaya menamatkan program intensif yang berlangsung dari 8 September hingga 14 November 2025, seterusnya memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2.
Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan komitmen para peserta, keluarga dan jurulatih, malah mengukuhkan lagi usaha JWP dalam memperluas peluang peningkatan kemahiran yang mampu menyumbang kepada penjanaan pendapatan progresif, khususnya dalam kalangan belia di Wilayah Persekutuan.
Pada masa yang sama, WISDEC turut giat melatih belia berpotensi dalam bidang perkayuan bagi mewakili negara ke Kejohanan WorldSkills Asia (WSA) 2025 yang dijadualkan berlangsung di Taipei, Taiwan pada November 2025.
JWP komited untuk terus memperkukuh kerjasama ini demi memacu pembangunan sosioekonomi dan memberikan manfaat yang lebih signifikan kepada komuniti di Wilayah Persekutuan.