KL FUSION FESTIVAL 2024 HIDUPKAN SEMANGAT PERPADUAN MELALUI SENI DAN BUDAYA
30 November 2024
Perasmian KL Fusion Festival 2024 anjuran Pertubuhan Regenerasi Sosial Malaysia (MySRO) telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan mewakili YB Dr. Zaliha Mustafa hari ini di The Beat, Kiara Bay, Kepong.
Festival ini turut memfokuskan Bazar Seni MADANI yang disertai oleh usahawan kecil khususnya wanita dan usahawan JWP yang bernaung
dibawah Upaya@PUJI. Pelbagai aktiviti interaktif diadakan seperti mencanting batik, membuat wau serta persembahan seni tradisional dan kontemporari melalui Malam Rentak Seni, Malam Unplugged Anak Seni dan Gemilang Seni Cilik.