Page 46 - Demo
P. 46


                                    ASPIRASI2030WARGA EMAS WILAYAH PERSEKUTUAN SEJAHTERAWarge emas Wilayah Persekutuan Sejahtera merujuk kepada penuaan sihat dan aktif. Menjelang Tahun 2030, Indeks Kesihatan dan Aktif Warga Emas Wilayah Persekutuan mencapai 80%selari dengan Hala Tuju CHASE City yang bermatlamat menjadikan bandar yang membudayakan amalan kebersihan, menyediakan ruang aktif dan mempunyai nilai estetika yang dapat meningkatkan kesejahteraan hidup.12WARGA EMAS WILAYAH PERSEKUTUAN BERMAKNAWarga emas Wilayah Persekutuan bermakna merujuk kepada penuaan positif dan produktif. Menjelang Tahun 2030, Wilayah Persekutuan mensasarkan penyediaan 1,000 penempatan kerja warga emas dalam memperkasa ekonomi perak dan pembangunan holistik yang mengiktiraf nilai, potensi dan keupayaan diri. Ia selari dengan Hala Tuju CHASE City yang bermatlamat untuk menaikkan siling Wilayah Persekutuan dengan memberi tumpuan kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi untuk mencapai kesejahteraan spiritual secara menyeluruh di Wilayah Persekutuan.WARGA EMAS WILAYAH PERSEKUTUAN DISOKONG OLEH 3EKOSISTEM MESRA USIAWarga emas Wilayah Persekutuan yang disokong oleh ekosistem mesra usia merujuk kepada penuaan menyokong dan produktif. Menjelang Tahun 2030, Satu (1) kawasan di Wilayah Persekutuan diisytiharkan sebagai Bandar Mesra Usia selari dengan Hala Tuju CHASE City iaitu Bandar yang dilengkapi dengan infrastruktur dan persekitaran sosial terancang bagi menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat dan memacu perbandaran pintar ke arah peningkatan kualiti hidup dan sesuai dengan semua peringkat umur.35
                                
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50