Page 31 - Demo
P. 31


                                    Kebersihan bandar menyumbang kepada kesihatan awam yang baik, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal penduduk melalui pembudayaan amalan kebersihan yang meliputi perancangan dan penyelarasan program kebersihan serta pengindahan, penggunaan teknologi dan koordinasi. Bandar Bersih juga perlu mempunyai nilai estetika merangkumi aspek visual dan seni bagi mencipta persekitaran yang menyenangkan termasuk landskap yang menarik, seni awam, seni bina bangunan serta ruang hijau yang indah. Pembudayaan amalan kebersihan dan nilai estetika dengan penglibatan semua pihak akan dapat menjamin persekitaran yang kondusif, vibrant dan berdaya huni.Clean CityCPembudayaan amalan kebersihandan pengekalan nilai estetika bandar. Teras Strategik:Mewujudkan persekitaran yang bersih, kemas dan teratur bagi meningkatkan kesejahteraan hidup. ObjektifStrategi 1: Membudayakan amalan kebersihan dalam kehidupan.1. Merancang dan menyelaras program kebersihan serta pengindahan. INISIATIF2. Memanfaatkan penggunaan teknologi dalam pemantauan dan penyelesaian isu kebersihan.3. Menandaaras dan memberi penarafan kebersihan sebagai role model yang memenuhi tahap kebersihan yang diiktiraf di semua lapisan peringkat.4. Menguruskan dan memantau pengurusan sisa pepejal dengan lebih sistematik dan efisien.STRATEGI 2: Mengekalkan nilai estetika merangkumi aspek visual dan seni bagi mencipta persekitaran yang menyenangkan.1. Meremajakan semula (rejuvenate) persekitaran bandar. INISIATIF2. Memastikan persekitaran bandar yang lebih kemas, tersusun dan teratur.Inisiatif dan Pelan Tindakan di bawah Pelan Hala Tuju CHASE City28
                                
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35