Page 35 - Demo
P. 35


                                    Bandar Sihat menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti melalui penyediaan infrastruktur yang inklusif serta persekitaran sosial yang menyeluruh dalam memastikan setiap individu dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih aktif dan berkualiti. Penyediaan infrastruktur yang terancang perlu bersifat inklusif, mesra pengguna dan mudah diakses serta mengambil kira semua golongan termasuk penyediaan kemudahan bagi OKU serta warga emas. Persekitaran sosial yang menyeluruh merujuk kepada ekosistem yang meningkatkan kesedaran dan mempromosikan gaya hidup sihat melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk komuniti.Healthy City HPenyediaan infrastruktur dan persekitaran sosial terancang yang menggalakkan budaya gaya hidup sihat.Teras Strategik:Membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti ke arah peningkatan kualiti hidup. ObjektifSTRATEGI 1: Pelan Tindakan Khas/ Khusus Kesihatan di Pihak Berkuasa Tempatan.1. Mewujudkan/ melaksanakan Pelan Tindakan Bandar Sihat Pihak Berkuasa Tempatan. INISIATIFSTRATEGI 2: Menyediakan persekitaran sosial yang sihat.1. Melaksanakan program amalan hidup sihat. INISIATIF2. Mewujudkan komuniti yang hidup di dalam persekitaran yang bersih dan selamat.3. Melaksanakan program Gaya Hidup SihatSTRATEGI 3: Menyediakan persekitaran fizikal dan alam bina yang sihat.1. Menyediakan kawasan hijau dan taman yang aktif dan efisien. INISIATIF2. Melaksanakan program/ projek berkaitan kemudahan fasiliti kesihatan yang mudah sampai dan sihat.STRATEGI 4: Tadbir urus pelaksanaan bandar sihat.INISIATIF1. Memantau pelaksanaan program/ projek/ aktiviti berkaitan bandar sihat.Inisiatif dan Pelan Tindakan di bawah Pelan Hala Tuju CHASE City32
                                
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39