Page 27 - Demo
P. 27
Pendekatan Kerangka Pelan yang menyeluruh dan responsif kepada cabaran semasa adalah dijangka dapat membantu langkah Wilayah Persekutuan mendukung kebolehsaingan, kemampanan fizikal, amalan tatakelola yang baik dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Kejayaan pelaksanaan Kerangka Pelan ini diaspirasikan untuk meletakkan Wilayah Persekutuan sebagai wilayah ekonomi terpenting di Malaysia dan seterusnya membantu mengembalikan maruah dan kegemilangan negara dipersada dunia.Tindakan usaha-usaha dalam Kerangka Pelan yang dirangka telah melibatkan langkah jangka pendek serta langkah jangka sederhana dan panjang dengan matlamat memberi kesan positif kepada kesejahteraan ekonomi dan sosial di Wilayah Persekutuan, iaitu: %u2022 Matlamat jangka masa pendek bertujuan untuk menangani isu mendesak dengan usaha-usaha yang memberikan kesan langsung kepada rakyat dan perniagaan di Wilayah Persekutuan. Menerusi Kerangka Pelan ini penetapan hala tuju bagi mewujudkan inisiatif baharu dan penambahbaikan pelaksanaan pelbagai inisiatif sedia ada di dalam kedua-dua kluster utama iaitu Sejahtera@WP dan PUJI@WP. Usaha tersebut termasuk mempercepatkan pelaksanaan projek, membasmi kemiskinan tegar, meringankan beban kewangan, dan menangani cabaran kos sara hidup rakyat.%u2022 Matlamat jangka masa sederhana dan panjang lebih tertumpu pada skala yang lebih besar ke atas usaha-usaha yang dirancang untuk dilaksanakan dengan tujuan memperolehi peningkatan dan pengukuhan pencapaian kesejahteraan ekonomi dan sosioekonomi di Wilayah Persekutuan secara menyeluruh. Di bawah Kluster Sejahtera@WP dan PUJI@WP meliputi usaha-usaha yang ingin mencapai matlamat yang membawa perubahan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi dan sosioekonomi di Wilayah Persekutuan. Perubahan yang membawa kepada kebolehsaingan dan menawarkan peluang yang diperlukan kepada rakyat pada masa kini dan generasi pada masa depan di Wilayah Persekutuan. Kerangka Pelan ini juga satu pelan tindakan kepada inisiatif yang menjadi asas bagi melengkapi dasar-dasar utama negara yang baharu seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Pendekatan dan Matlamat Kerangka PelanPelan Hala Tuju CHASE City24