Page 28 - Demo
P. 28


                                    Tahun 2025 merupakan tahun yang istimewa bagi Negara Malaysia dengan Malaysia telah dipilih sebagai pengerusi ASEAN. Hasrat Malaysia adalah untuk menjadi tuan rumah yang terbaik serta mampu menjulang Malaysia di mata dunia. Slogan utama ASEAN 2025 iaitu keterangkuman dan kemampanan menjadi visi Malaysia untuk rantau ASEAN yang aman, stabil dan makmur dan mencapai kemampanan jangka panjang rantau ini dan rakyatnya.Kerangka Pelan ini akan menjadi pemangkin utama Wilayah Persekutuan dalam merealisasikan hasrat Malaysia dalam kepengerusian ASEAN ini. Kerangka Pelan adalah wadah yang terbaik dalam menterjemah usaha dan inisiatif yang telah dirangka Wilayah Persekutuan. Kluster Sejahtera@WP umpamanya, adalah selari dengan usaha-usaha ke arah mencapai visi kemampanan ASEAN manakala Kluster PUJI@WP pula selari dengan matlamat keterangkuman ASEAN dengan cerminan bahawa warga Wilayah Persekutuan tanpa mengira saiz atau kapasiti ekonomi, akan mendapat manfaat daripada pertumbuhan dan pembangunan Wilayah Persekutuan secara khusus serta Negara Malaysia dan rantau ASEAN secara amnya.Malaysia Pengerusi ASEAN 2025 dan kaitandengan Kerangka PelanPelan Hala Tuju CHASE City25
                                
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32