Page 24 - Demo
P. 24
Pertama, %u201cMenaikkan Siling%u201d yang merujuk kepada usaha-usaha memperkasakan ekonomi dan mengembangkan kekayaan Wilayah Persekutuan. Usaha-usaha ini ditumpukan di bawah Kluster Kesejahteraan Wilayah Persekutuan (%u201cSejahtera@WP%u201d). Hala tuju dasar menaikkan siling Wilayah Persekutuan ini memberi tumpuan kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi untuk mencapai kesejahteraan secara menyeluruh di Wilayah Persekutuan. Hala tuju dasar Sejahtera@WP merujuk kepada usaha memacu meningkatkan ekonomi ke tahap nilai lebih tinggi dan kukuh di Wilayah Persekutuan. Usaha-usaha pemboleh termasuk transformasi struktur ekonomi, memacu perbandaran pintar, keseimbangan sosioekonomi, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, pembudayaan pendigitalan, dan pelestarian pelancongan. Kedua, %u201cMeningkatkan Lantai%u201d yang merujuk kepada usaha-usaha manfaat yang berkualiti dan saksama untuk semua rakyat Wilayah Persekutuan. Usaha-usaha ini di bawah Kluster Program Upaya Jaya Insan (%u201cPUJI@WP%u201d). Hala tuju dasar PUJI@WP merujuk kepada peningkatan kualiti hidup rakyat di Wilayah Persekutuan supaya dapat mewujudkan peluang pendapatan yang berkualiti dan inklusif di samping menambah baik penyediaan perkhidmatan terutamanya pengupayaan, pendidikan, kesihatan, kediaman, pemerluasan sistem perlindungan sosial, dan penyediaan infrastruktur asas yang inklusif.Kedua-dua dasar utama yang diperkenalkan di dalam Kerangka Pelan ini bertindak sebagai hala tuju untuk memastikan pembangunan ekonomi di Wilayah Persekutuan dipacu di atas landasan yang betul untuk manfaat penghuninya mengecapi kehidupan yang sejahtera. Kerangka Pelan yang dilaksanakan dengan jayanya pasti dapat melonjakkan kemakmuran ekonomi Wilayah Persekutuan dan memperluas keterangkuman dalam pengagihan kekayaan yang seterusnya menambah baik taraf hidup rakyat. Pelan Hala Tuju CHASE City21