Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MERAIKAN KECEMERLANGAN 🥳

Perhimpunan Pagi Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama agensi telah berlangsung di Dewan Serbaguna JWP hari ini.

Program dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan lafaz Ikrar Rukun Negara sebagai tanda semangat patriotisme serta komitmen warga terhadap prinsip kenegaraan.

Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Jabatan Wilayah Persekutuan Sesi 1 Tahun 2026 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah JWP, sebagai penghargaan atas dedikasi, komitmen dan sumbangan warga kerja dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga JWP untuk terus meningkatkan prestasi dan memperkukuh integriti.

Turut hadir, YBrs. Puan Farah Adura Binti Hamidi Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan) dan YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP).