Hari Kedua Sesi Penilaian Semula Labuan Geopark berlangsung dengan pelbagai pengisian merangkumi aspek geo-pendidikan, ekonomi komuniti, warisan dan sejarah.
Sesi pagi dimulakan dengan tinjauan inisiatif geo-pendidikan di SMK Rancha-Rancha, diikuti lawatan ke Agrotourism VCO Geofarm dan Rimbun Madu Stingless Bee Farm bagi melihat usaha pemerkasaan ekonomi komuniti setempat.
Pada sebelah petang, delegasi menelusuri keunikan Anjung Budaya, Taman Damai dan tapak bersejarah Surrender Point di Pantai Layangan sebelum mengakhiri lawatan di geotapak Batuan Penakung Minyak Ganggarak yang menjadi antara kebanggaan Labuan.
Semoga segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang sesi penilaian ini membuahkan hasil yang positif demi kelestarian dan pengiktirafan Labuan Geopark.