PERTANDINGAN KOIR KEMERDEKAAN JWP SEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTIK WARGA WILAYAH PERSEKUTUAN
07 September 2026
Semangat cintakan negara terus disemarakkan menerusi Pertandingan Koir Kemerdekaan JWP anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Wilayah Persekutuan (KESWIP) bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia Ke-69.
Pertandingan ini menghimpunkan pasukan koir daripada bahagian serta gabungan unit JWP yang menampilkan persembahan kreatif, penuh bertenaga dan penghayatan terhadap lagu-lagu patriotik.
YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah JWP, diiringi YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi), JWP serta Yang Berusaha Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan), JWP, turut hadir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang sebagai penghargaan atas pencapaian yang diraih.
Penganjuran pertandingan ini menjadi wadah untuk memperkukuh kerjasama dan semangat kekitaan dalam kalangan warga JWP, di samping menyemarakkan penghayatan terhadap nilai kemerdekaan dan perpaduan.
Semoga semangat kebersamaan dan kecintaan terhadap negara terus subur dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.
Wilayah Persekutuan, Jiwa Merdeka!