HALA TUJU STRATEGIK LABUAN TERUS DIPERKUKUH
07 September 2026
YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), menghadiri Briefing on Strategic Positioning and Development Priorities oleh Labuan International Business and Financial Centre (Labuan IBFC), bersama YBhg. Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.
Sesi ini memberi tumpuan kepada kedudukan strategik Labuan serta keutamaan pembangunan bagi memperkukuh potensi dan daya saing Labuan sebagai pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa.
Perbincangan turut memberi ruang untuk memahami hala tuju pembangunan Labuan dengan lebih jelas serta meneroka peluang yang dapat memberi manfaat kepada Wilayah Persekutuan Labuan.