Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MEMPERKASA AGENDA WILAYAH PERSEKUTUAN

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), bersama YB Datuk Lo Sui Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), menghadiri sesi bersemuka bersama YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II Malaysia, bagi membincangkan permohonan inisiatif Belanjawan 2027.
Sesi ini menjadi ruang untuk mengemukakan serta membincangkan keutamaan dan keperluan Wilayah Persekutuan, di samping mendapatkan perhatian dan pertimbangan sewajarnya dalam penyediaan serta perancangan Belanjawan 2027. Perbincangan turut melibatkan cadangan inisiatif yang berkaitan dengan pembangunan dan kesejahteraan Wilayah Persekutuan.
Turut hadir, YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya serta pegawai kanan JWP.