Utama »
Program Terkini
» FESTIVAL AMBANG MERDEKA 2026 🇲🇾
FESTIVAL AMBANG MERDEKA 2026 🇲🇾
31 Ogos 2026
Semarakkan semangat patriotisme dan kebersamaan sempena Festival Ambang Merdeka 2026 yang berlangsung penuh meriah dalam menyambut Hari Kebangsaan 2026.
YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyempurnakan Festival Ambang Merdeka 2026 bersama YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan serta YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Kehadiran para pemimpin dan warga kota bersama-sama memeriahkan sambutan ini mencerminkan semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada negara.
Bersama menyemarakkan jiwa Merdeka, bersama membina Malaysia yang sejahtera.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) JWP, YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu serta pegawai kanan JWP dan Agensi.