KONTINJEN JWP SEMARAK SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H 🕌✨
25 Ogos 2026
Langkah disusun, selawat dialunkan, membawa satu rasa cinta buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Diketuai oleh YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Kontinjen Jabatan Wilayah Persekutuan menyertai Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M.
Diiringi paluan kompang dan alunan selawat, setiap langkah menjadi lambang kecintaan kepada Rasulullah SAW, di samping menyemarakkan ukhuwah dan penghayatan terhadap akhlak mulia Baginda.
Semoga cinta kepada Rasulullah SAW terus bersemi di hati, sunnah Baginda terus dihayati dan akhlak mulia menjadi pedoman dalam membina ummah yang bersatu dan diberkati. 🤍
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ