JALINAN KERJASAMA STRATEGIK JWP DAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
24 Ogos 2026
YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato' Zakaria bin Shaaban, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.
Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan dan jalinan kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan dan Jabatan Imigresen, selain membuka ruang kepada perkongsian pandangan serta sinergi dalam mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Semoga hubungan baik dan kerjasama strategik yang terjalin terus diperkasa demi kepentingan rakyat serta kesejahteraan Wilayah Persekutuan.