Misi Jaringan Geopark Borneo diteruskan!
Pasukan Petugas Khas Labuan Geopark bersama Perbadanan Labuan meneruskan langkah ke Kinabalu UNESCO Global Geopark dalam menjayakan fasa seterusnya Program Jaringan Geopark Kebangsaan.
Sesi penandaarasan ini memberi fokus kepada perkongsian ilmu, pengurusan dan amalan terbaik dalam memperkukuh jaringan Geopark di kepulauan Borneo, khususnya sebagai persediaan menjelang Penilaian Semula Labuan Geopark 2026.
Dari Sabah, kita kutip ilmu. Dari Borneo, kita bina sinergi. Seterusnya, kembara ilmu diteruskan ke Delta Sarawak.
Satu pulau, satu semangat. Bersama mengangkat warisan geologi Borneo ke persada dunia! 🌏