Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor terus memperkukuh kerjasama dalam usaha menangani serta mengurangkan risiko banjir di Kuala Lumpur dan Selangor.
YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor turut menekankan kepentingan tindakan bersepadu dalam memperkukuh pengurusan banjir.
Lima tindakan segera telah dipersetujui melibatkan peningkatan kapasiti kolam takungan, pengorekan sungai dan pembuangan kelodak, serta perancangan jangka panjang bagi memperkukuh pengurusan banjir secara lebih menyeluruh dan bersepadu.
Kerjasama berterusan antara semua pihak amat penting bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi risiko banjir dapat dipertingkatkan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.