Kerjasama strategik antara Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor terus diperkukuh menerusi sesi pertemuan rasmi YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor.
Pertemuan ini menjadi platform bagi membincangkan beberapa perkara berkepentingan bersama, khususnya berkaitan Kolam Takungan Banjir (KTB), demi memastikan penyelarasan serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat terus diperkasa.
Turut hadir, YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP); YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur; YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya; YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan serta pegawai kanan JWP dan wakil Negeri Selangor.