Dalam dunia perniagaan yang semakin berkembang, penguasaan teknologi dan pendigitalan menjadi antara kunci penting untuk usahawan kekal berdaya saing.
Sehubungan itu, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah berjaya melaksanakan Program Pendigitalan Usahawan Wilayah Persekutuan pada 17 hingga 20 Ogos 2026.
Seramai 347 usahawan telah melengkapkan program selama 4 hari dengan pendedahan kepada:
🤖 Asas Artificial Intelligence (AI)
🛒 Pengurusan E-Dagang
📲 Pemasaran Media Sosial Efektif
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memperluas pasaran, meningkatkan kecekapan serta melonjakkan potensi perniagaan usahawan Wilayah. 🚀