Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


ASPIRASI JALUR GEMILANG SEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTIK WARGA WILAYAH PERSEKUTUAN

Semangat cintakan negara terus disemarakkan menerusi Program Aspirasi Jalur Gemilang yang dianjurkan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) bersama Agensi sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026.
Program ini diserikan dengan kehadiran YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), yang turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ketua Pengarah JWP dan Ketua Agensi serta menyempurnakan pelancaran Mural Kemerdekaan JWP.
Mural Kemerdekaan sepanjang 25.40 meter tersebut menampilkan mercu tanda ikonik Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, sekali gus menghimpunkan identiti ketiga-tiga Wilayah Persekutuan dalam satu karya yang melambangkan semangat kebersamaan dan kecintaan kepada negara.
Seiring tema HKHM 2026, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, program ini mencerminkan komitmen berterusan JWP dan Agensi dalam menyemarakkan semangat patriotisme serta memupuk perpaduan dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.
Turut hadir, YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP); YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya; YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi), JWP; Yang Berusaha Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan), JWP; YBrs. Tuan Shamshul Joehari bin Zainal Mokhtar, Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur; Yang Berusaha Tuan Hj. Rithuan bin Hj. Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Labuan; YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan; Yang Berusaha Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu; serta pegawai kanan JWP dan Agensi.