Inilah semangat warga Jabatan Wilayah Persekutuan!
Bersama-sama berganding bahu menyiapkan mural kemerdekaan sempena Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 🇲🇾🎨
Mural kemerdekaan ini yang dijangka siap dalam tempoh 5 hari. Menariknya, aktiviti ini terbuka kepada orang ramai dan warga Menara Seri Wilayah untuk turut serta mencurahkan kreativiti dan menjadi sebahagian daripada karya bersama.
Ayuh, sumbangkan kreativiti anda sambil memupuk semangat patriotisme, menyemai rasa kebersamaan serta menjadikan mural kemerdekaan ini sebagai simbol “milik kita bersama” ❤️🇲🇾