Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MEMBINA KUALA LUMPUR YANG MESRA KANAK-KANAK

Kuala Lumpur yang selamat, inklusif dan mudah diakses perlu mengambil kira pandangan serta pengalaman semua penggunanya, termasuk kanak-kanak.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama UNICEF Malaysia menganjurkan Program Town Hall YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Bersama Kanak-Kanak Kuala Lumpur sebagai platform untuk kanak-kanak berkongsi pengalaman, mengenal pasti isu dan mengemukakan cadangan berkaitan persekitaran serta perkhidmatan bandar.

Menerusi Child Discovery Walk (Audit Berjalan Kaki) dan Bengkel Konsultasi Kanak-Kanak, peserta menilai aspek keselamatan, keselesaan, kebolehcapaian, mobiliti, ruang awam, kebersihan dan kemudahan bandar.

Wakil kanak-kanak turut membentangkan isu serta cadangan kepada YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, bagi mendapatkan maklum balas secara langsung daripada kepimpinan.

Dapatan program akan didokumentasikan dan dijadikan input kepada tindakan susulan serta penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan bandar.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan dan DBKL dalam memastikan suara kanak-kanak turut dipertimbangkan dalam proses perancangan bandar, selaras dengan usaha memperkukuh Kuala Lumpur sebagai Bandar Raya untuk Semua yang lebih selamat, inklusif, mudah diakses dan mesra kanak-kanak.