Dalam dunia yang bergerak pantas, komunikasi yang strategik, kreatif dan tepat penting bagi memastikan setiap mesej disampaikan dengan jelas serta berkesan kepada khalayak.
Pelbagai pengisian merangkumi strategi komunikasi, storytelling, psikologi audiens, penghasilan kandungan dan pengurusan krisis diperoleh daripada Bengkel Komunikasi Strategik Gerila Jabatan Wilayah Persekutuan dan Agensi.
Mesyuarat Komunikasi Strategik JWP Dan Agensi yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) JWP turut mengupas isu-isu terkini dan menetapkan strategi komunikasi yang perlu dilaksanakan.