PROGRAM PIT STOP PETRON UNTUK PENGGUNA JALAN RAYA KL/ LEMBAH KLANG
10 Ogos 2026
Bagi pengguna jalan raya yang menuju ke WP Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang, boleh singgah di Pit Stop Petron untuk mendapatkan juadah pada harga rahmah.
Menerusi program ini, pelanggan boleh menikmati set kombo makanan dan minuman hanya RM4.90 di 177 stesen Petron terpilih sekitar Lembah Klang.
Kerjasama strategik antara Jabatan Wilayah Persekutuan dengan Petron ini memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati juadah sarapan pada harga rahmah.