Jabatan Wilayah Persekutuan menerima Kit Jalur Gemilang 2026 sempena Majlis Kibarkan Jalur Gemilang 2026: Kesejahteraan Dinikmati yang disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Penyerahan kit ini menjadi simbol komitmen untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan sebagai lambang cinta kepada tanah air. Marilah kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga serta menghayati nilai kemerdekaan demi Malaysia yang aman, bersatu dan sejahtera. 🇲🇾