Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


9 LAGI KAWASAN LAPANG DI KUALA LUMPUR KINI DIWARTAKAN DEMI MASA DEPAN YANG LESTARI!

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), dan YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, mengumumkan pewartaan sembilan (9) lagi kawasan lapang di Kuala Lumpur.
Pewartaan ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan kawasan lapang terus dipelihara sebagai ruang rekreasi, riadah dan kegunaan komuniti, di samping menyokong pembangunan bandar yang mampan serta seimbang.
Sehingga kini, sebanyak 552 lot kawasan lapang melibatkan keluasan keseluruhan 468.36 hektar telah diwartakan di Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh komitmen Kerajaan MADANI dalam memelihara ruang hijau demi kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan dan kelestarian alam sekitar.
Turut hadir, YBhg. Dato' Seri Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, serta pegawai-pegawai kanan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP).