Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI SUKMA XXII DAN PARA SUKMA SELANGOR 2026 KE WILAYAH PERSEKUTUAN

Delegasi SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026 yang diketuai oleh EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA Selangor 2026, YB Tuan Mohd Najwan Halimi mengadakan kunjungan hormat kepada YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), bagi menyampaikan jemputan rasmi penyertaan Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026.
Kunjungan tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Ketua Kontinjen Wilayah Persekutuan ke SUKMA XXII Selangor 2026 merangkap Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) JWP; serta YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP). Kunjungan ini turut memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi memastikan kelancaran penganjuran SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026.