JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN TINJAU FASILITI PENJAGAAN WARGA EMAS
YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), mengadakan tinjauan ke fasiliti penjagaan warga emas di Rumah Bukit Harmoni, Semenyih dan Sunway Sanctuary bagi meninjau amalan terbaik dalam penyediaan perkhidmatan penjagaan warga emas.
Tinjauan ini bertujuan mendapatkan input serta memahami aspek pemberian perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan, sebagai persediaan Wilayah Persekutuan dalam menghadapi negara ke arah masyarakat menua (aged nation).
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelan tindakan Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi untuk memperkukuh perancangan serta penyediaan perkhidmatan yang lebih inklusif dan mesra warga emas demi kesejahteraan masyarakat di Wilayah Persekutuan.
Turut hadir YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan), Jabatan Wilayah Persekutuan; serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj).