PROGRAM BICARA PSIKOLOGI: AWAS ANCAMAN SCAMMER DAN KESAN PSIKOLOGI
28 Julai 2026
Unit Pengurusan Psikologi, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah selesai menganjurkan Program Bicara Psikologi : Awas Ancaman Scammer dan Kesan Psikologi pada 28 Julai 2026 bertempat di Dewan Serbaguna, Menara Seri Wilayah. Kursus ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Saiful Yusnor bin Mohd Yusuf, Timbalan Pengarah Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, BKP.
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 82 orang pegawai yang terdiri daripada pegawai JWP dan agensi.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai pelbagai bentuk jenayah scam yang semakin berleluasa serta modus operandi yang digunakan oleh sindiket penipuan dan memberi pendedahan tentang faktor-faktor psikologi yang dimanipulasi oleh scammer seperti kepercayaan, ketakutan, desakan masa, rasa simpati dan harapan untuk memperoleh keuntungan.
Unit Pengurusan Psikologi
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan