YBrs. Encik Mohd Sharif bin Mohamad Yaakob, Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), bersama beberapa wakil JWP telah mengadakan lawatan ke MYFutureJobs Career Exploration Centre (MYCEC) di NU Sentral, Kuala Lumpur.
Lawatan ini bertujuan meninjau kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MYCEC dalam membantu individu mengenal pasti potensi diri, memahami keperluan pasaran buruh semasa serta merancang hala tuju kerjaya dengan lebih berkesan.
MYCEC menyediakan pelbagai kemudahan interaktif serta perkhidmatan kaunseling kerjaya yang dikendalikan oleh kaunselor bertauliah. Perkhidmatan ini memberi manfaat kepada pencari kerja, graduan dan individu yang ingin meningkatkan kebolehpasaran serta mengembangkan prospek kerjaya melalui bimbingan yang profesional.
JWP berharap kewujudan MYCEC dapat dimanfaatkan oleh warga Wilayah Persekutuan, khususnya di Kuala Lumpur, sebagai platform yang menyokong pembangunan kerjaya, meningkatkan kemahiran dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan yang berkualiti selaras dengan keperluan pasaran semasa.
Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama strategik antara Jabatan Wilayah Persekutuan dan MYCEC dalam memperkasa pembangunan sosioekonomi serta meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja demi kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan.