Unit Pengurusan Psikologi, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah selesai menganjurkan Kursus Psikologi : Kesejahteraan Keluarga pada 15-17 Julai 2026 bertempat di Dewan Serbaguna, Menara Seri Wilayah. Kursus ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Saiful Yusnor bin Mohd Yusuf, Timbalan Pengarah Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, BKP.
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 55 orang pegawai yang terdiri daripada pegawai JWP dan agensi.
Objekti kursus ini adalah bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman warga tentang konsep kesejahteraan keluarga dari aspek psikologi, emosi dan sosial serta ia dapat mencapai kestabilan sosial, kesihatan optima, keselamatan, dan kehidupan yang bermakna.
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Psikologi
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan