Telah berlangsung Program Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara anjuran Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) pada pagi tadi di Dewan Serbaguna, Menara Wilayah Persekutuan.
Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku 🇲🇾 diikuti lafaz Ikrar Rukun Negara sebagai simbol komitmen bersama dalam memupuk semangat patriotisme, perpaduan serta jati diri warga perkhidmatan awam.
Kehadiran warga Jabatan Wilayah Persekutuan serta agensi-agensi di bawahnya mencerminkan semangat kebersamaan dan komitmen dalam memperkukuh nilai perpaduan, disiplin serta budaya kerja cemerlang demi kesejahteraan Wilayah Persekutuan.