TIRAI ROAD TO MAHA LABUAN 2026 DIBUKA RASMI
23 Julai 2026
YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, telah menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Road To MAHA Labuan 2026 di Pentas Utama, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Majlis dimulakan dengan gimik peluncuran rasmi sebelum diteruskan dengan sesi walkabout ke setiap zon pameran yang menampilkan pelbagai inisiatif pertanian, agromakanan, agropelancongan serta inovasi ke arah memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.
Ayuh bersama-sama memeriahkan Road To MAHA Labuan 2026 dan nikmati pelbagai pameran, demonstrasi, jualan usahawan serta aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang empat hari penganjuran.

23 – 26 Julai 2026

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan
Turut hadir YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi), Jabatan Wilayah Persekutuan; YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan; YBrs. Puan Norlita binti Bahari, Timbalan Pengarah, Bahagian Industri Asas Tani, LKIM; YBrs. Puan Hafizah binti Abd. Katha, Pengarah Jabatan Pertanian Labuan; YS PgKB I Abd. Rahman @ Awang Bin Ali Abd. Jalil, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan; serta Supt. Wan Mohd Firdaus bin Wan Zaki, Ketua Polis Daerah Labuan, bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan.