YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Semai Gembala Labuan Pertandingan Tarian Kreatif Borneo Kategori Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung di Pentas Utama, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan sempena Road To MAHA Labuan 2026.
Program ini menjadi platform bagi mengetengahkan bakat, kreativiti dan keunikan seni budaya Borneo dalam kalangan peserta tempatan, sekali gus menyemarakkan lagi kemeriahan Road To MAHA Labuan 2026 yang menghimpunkan pelbagai pengisian menarik untuk seisi keluarga.
Turut hadir YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi), Jabatan Wilayah Persekutuan; YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan.
Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada setiap peserta yang telah memberikan persembahan terbaik.
Kemeriahan diteruskan! Jangan lepaskan peluang menyaksikan sambungan Semai Gembala Labuan Pertandingan Tarian Kreatif Borneo (Kategori Terbuka) yang akan berlangsung esok di Pentas Utama. Ayuh hadir dan meriahkan Road To MAHA Labuan 2026!