Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


LABUAN MELAKAR LANGKAH BESAR KE ARAH KETERJAMINAN MAKANAN NEGARA

Road To MAHA Labuan 2026 membuka tirainya secara rasmi apabila majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa, Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis turut menyaksikan penyampaian geran dan bantuan kepada penerima daripada pelbagai agensi, pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pembangunan industri tuna dan ekosistem pemprosesan makanan laut di Wilayah Persekutuan Labuan serta penyampaian watikah pelantikan Penyelaras Pavilion MAHA 2026.

Usai majlis perasmian, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu bersama dif-dif kehormat mengadakan sesi walkabout di sekitar tapak Road To MAHA Labuan 2026 bagi meninjau pavilion dan ruang pameran. Lawatan tersebut turut memberi peluang kepada beliau menyantuni para usahawan, peserta pameran dan pengunjung, di samping melihat sendiri pelbagai produk, inovasi serta teknologi yang dipamerkan.

Penganjuran Road To MAHA Labuan 2026 bukan sahaja menjadi platform memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara, malah membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkasa sektor agromakanan, memperluas jaringan kerjasama strategik serta merancakkan pembangunan ekonomi Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut hadir ialah YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Negeri Sarawak; YB Datuk Jamawi bin Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri Sabah; YB Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan; YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Datuk Dr. Mohd. Haniff bin Hassan, Ketua Sekretariat MAHA, serta barisan kepimpinan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Perbadanan Labuan (PL), agensi-agensi kerajaan dan rakan strategik Road To MAHA Labuan 2026.