YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang Laman Komuniti MAHA serta cabutan bertuah sempena Road To MAHA Labuan 2026 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Majlis penyampaian hadiah ini merupakan antara acara kemuncak penganjuran yang menghargai penyertaan para peserta, di samping menyemarakkan lagi suasana melalui sesi cabutan bertuah yang mendapat sambutan meriah daripada para pengunjung.
Turut hadir YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi), dan YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Ekonomi), Jabatan Wilayah Persekutuan, serta YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.