Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


RM9.6 JUTA NAIK TARAF PPR DESA TUN RAZAK, LEBIH 8,000 PENDUDUK TERIMA MANFAAT

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah mengadakan lawatan ke PPR Desa Tun Razak bagi meninjau pelaksanaan projek naik taraf dan penyelenggaraan perumahan awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Lawatan ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan pelbagai projek penambahbaikan yang dilaksanakan DBKL bagi meningkatkan kualiti persekitaran kediaman dan kesejahteraan penduduk.

DBKL memperuntukkan RM9.624 juta bagi melaksanakan pelbagai projek naik taraf melibatkan 1,824 unit kediaman, sekali gus memberi manfaat kepada lebih 8,000 penduduk. Antara skop utama termasuk kerja-kerja mengecat bangunan, menaik taraf sistem pencegahan kebakaran dan elektrik serta penyelenggaraan kemudahan awam bagi mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selamat, selesa dan kondusif.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kesejahteraan warga kota melalui penyediaan perumahan awam yang berkualiti.

Turut hadir ialah YABhg. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, serta YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.