YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah merasmikan Seminar Kenegaraan & Integrasi Nasional Jabatan Wilayah Persekutuan Tahun 2026 yang bertemakan "Dasar dan Ekonomi MADANI".
Seminar ini menghimpunkan warga Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi dalam usaha memperkukuh kefahaman mengenai dasar kerajaan serta menyemai semangat kenegaraan, perpaduan dan integrasi nasional selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Sepanjang seminar berlangsung, para peserta mengikuti pelbagai pengisian yang disampaikan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) menerusi sesi ceramah, kuiz interaktif dan aktiviti berkumpulan. Pengisian yang sarat dengan ilmu serta aktiviti menarik ini bukan sahaja menggalakkan penyertaan aktif peserta, malah memberi ruang kepada perkongsian idea serta pengukuhan nilai-nilai kenegaraan dalam suasana yang interaktif dan kondusif.
Turut hadir ialahYBrs. En. Faizal Iqram bin Ibeni Yanin, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) serta YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Ekonomi), Jabatan Wilayah Persekutuan.
Seminar ini diharapkan dapat terus menjadi platform yang berkesan dalam memperkasa pengetahuan warga Jabatan Wilayah Persekutuan mengenai dasar kerajaan, sekali gus memperkukuh semangat kebersamaan dan komitmen dalam menyokong agenda pembangunan negara.