MEMPERKASA KOMUNIKASI BERSAMA PEGAWAI JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN
01 Julai 2026
YBhg. Datuk Muhammad Azmi Bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, telah mengadakan sesi perjumpaan bersama pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Jabatan Wilayah Persekutuan.
Sesi ini menjadi wadah untuk memperkukuh komunikasi serta perkongsian idea antara pihak pengurusan dan para pegawai dalam usaha mempertingkat keberkesanan tadbir urus organisasi. Pelbagai pandangan, cadangan dan pengalaman turut dikongsikan bagi menyokong pelaksanaan tugas yang lebih cemerlang.
Perjumpaan ini mencerminkan komitmen kepimpinan dalam menghargai sumbangan para pegawai serta memperkukuh budaya kerja berpasukan, sekali gus meningkatkan kecemerlangan organisasi dan penyampaian perkhidmatan yang berimpak kepada rakyat.