YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan telah turun padang meninjau kemeriahan Bazar Agro Warisan 2026 di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya.
Bertemakan “Desaku di Putrajaya”, program ini menghimpunkan lebih 120 usahawan tempatan serta pelbagai aktiviti berasaskan warisan seperti menanam padi, menangkap belut, mengacau dodol, membakar lemang, permainan tradisional dan bengkel kreatif yang memberi pengalaman suasana kampung kepada pengunjung.
Bazar Agro Warisan 2026 bukan sekadar bazar, malah menjadi platform memperkukuh warisan, menyokong usahawan tempatan serta merancakkan ekonomi komuniti.
Turut hadir YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya serta pegawai-pegawai kanan Perbadanan Putrajaya.
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Bazar Agro Warisan 2026 hari ini di Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya. Bawalah keluarga dan rasai sendiri pengalaman suasana kampung melalui pelbagai aktiviti menarik, makanan tradisional, hasil tani segar serta produk usahawan tempatan.
Kredit
: Perbadanan Putrajaya