YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), mengadakan sesi libat urus bersama jurutera dan pengurus cawangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi semua kawasan Parlimen untuk mendengar secara langsung cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan tugas di lapangan.
Sesi tersebut memberi ruang untuk membincangkan pelbagai isu serta mengenal pasti penyelesaian yang praktikal dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada warga kota.
Penghargaan turut dirakamkan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr. Fadlun Mak Ujud, atas usaha memperkukuh reformasi pentadbiran di DBKL. Pengukuhan sistem dan tadbir urus dalaman merupakan asas penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, berkesan dan berintegriti.