YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), mengadakan pertemuan bersama Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membincangkan usaha memperkukuh pergerakan pengakap sebagai platform membentuk generasi muda yang berdisiplin, berkemahiran dan berjiwa kepimpinan.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada cadangan pelaksanaan program pengakap bandar, aktiviti cuti sekolah serta pelbagai inisiatif untuk menarik lebih ramai penyertaan kanak-kanak dan golongan muda dalam aktiviti kepengakapan.
Jabatan Wilayah Persekutuan komited menyokong usaha memperkasa pembangunan sahsiah dan kepimpinan generasi muda, selaras dengan aspirasi melahirkan warga yang berdaya saing, bertanggungjawab dan bersedia menyumbang kepada masyarakat sejak usia muda.