Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MEMPERKASA RUANG HIJAU UNTUK KESEJAHTERAAN WARGA KOTA

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengadakan lawatan tapak ke Kebun-Kebun Sungai Klang bersama YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.
Kawasan ini merupakan contoh bagaimana usaha komuniti berjaya menghidupkan semula rizab sungai menjadi ruang awam yang selamat, tenang dan bermanfaat. Ruang hijau seperti ini berpotensi diperkasakan sebagai kawasan rekreasi, pendidikan dan interaksi komuniti yang memberi manfaat kepada warga kota.
DBKL dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran akan meneliti bentuk sokongan yang bersesuaian bagi memastikan kawasan ini terus terpelihara, selamat dan kondusif untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.