YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), hari ini menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang Jabatan Wilayah Persekutuan dan Agensi Tahun 2025/2026 yang memberi penghargaan kepada 48 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2 penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) serta 11 orang pesara atas jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Dalam ucapannya, YB Menteri menegaskan bahawa kecemerlangan perkhidmatan awam bukan sahaja diukur melalui pencapaian organisasi, malah melalui impak positif yang dirasai rakyat hasil pelaksanaan amanah yang berteraskan integriti, profesionalisme dan akauntabiliti.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang membanggakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada para pesara atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, serta YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, bersama barisan pengurusan kanan Jabatan Wilayah Persekutuan.