YBhg. Datuk Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, telah mengetuai kontinjen Jabatan Wilayah Persekutuan sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1448H/2026 yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya.
Turut hadir YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Wilayah Persekutuan.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen Jabatan Wilayah Persekutuan dalam menghayati nilai-nilai hijrah sebagai pemangkin kepada pengukuhan perpaduan, integriti dan kecemerlangan perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.