Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


JWP PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA MAFFI SABAH MENJELANG ROAD TO MAHA LABUAN 2026

YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi), Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), telah mengetuai delegasi JWP dalam satu kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Jumain bin Abdul Ghani, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI Sabah).
Kunjungan tersebut diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama strategik sempena penganjuran Road to MAHA Labuan 2026.
Pertemuan ini memberi fokus kepada penglibatan MAFFI Sabah dalam mempromosikan hasil dan produk pertanian usahawan Sabah serta menggalakkan penyertaan pemain industri agromakanan dalam sesi padanan perniagaan (B2B) yang berpotensi menyokong pembangunan sektor makanan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Sebagai platform yang menghimpunkan pelbagai pemain industri, usahawan dan agensi berkaitan, Road to MAHA Labuan 2026 merupakan inisiatif strategik JWP ke arah memperkukuh ekosistem agromakanan serta meningkatkan tahap keterjaminan makanan di Wilayah Persekutuan Labuan.
JWP menghargai sokongan dan komitmen yang dizahirkan oleh MAFFI Sabah dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan bagi memacu pembangunan sektor agromakanan yang lebih mampan serta memberi manfaat kepada masyarakat dan ekonomi serantau.