Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


HALA TUJU TVET LABUAN DIPERKUKUH DEMI PEMBANGUNAN MODAL INSAN BERKEMAHIRAN πŸ“šβœ¨

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), telah mempengerusikan Mesyuarat Pelarasan Hala Tuju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berlangsung di Kampus Antarabangsa Labuan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Sebagai sebuah wilayah pulau yang mempunyai keunikan serta keperluan industri tersendiri, pembangunan TVET di Labuan perlu dirancang secara lebih strategik dan disesuaikan dengan realiti setempat bagi memastikan ia mampu memenuhi keperluan industri tempatan.
Mesyuarat tersebut turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pembangunan modal insan berkemahiran tinggi serta memastikan program TVET yang ditawarkan terus relevan dan berdaya saing.
Turut hadir, YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Dato’ Mohd Husni bin Mohd Salleh, Pengerusi Perbadanan Labuan; YBrs. Encik Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan; serta YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.
Semoga usaha ini dapat melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat di Labuan.