Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


KETERSAMBUNGAN LABUAN-SABAH DIPERKUKUH DEMI MERANCAKKAN PERTUMBUHAN EKONOMI

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), telah mengadakan sesi libat urus bersama Persatuan Pengusaha Bot-Bot Laju Menumbok (PPBLM), LDA Labuan (Holdings) Sdn. Bhd. serta agensi-agensi berkaitan bagi meneliti perkembangan tindakan susulan yang digerakkan melalui Pasukan Petugas Industri Labuan sejak Februari lalu.
Akses dan ketersambungan yang lebih baik antara Labuan dan Sabah merupakan antara aspek penting dalam menyokong pergerakan penduduk, pelancongan, perdagangan serta aktiviti ekonomi di wilayah ini.
Sesi tersebut turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh jaringan pengangkutan dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan demi memastikan potensi Labuan sebagai pusat ekonomi dan pelaburan dapat terus diperkasakan.
Turut hadir, YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan; dan YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.