GERAI PENJAJA UTC SENTUL DIBANGUNKAN SEMULA DEMI KESEJAHTERAAN PENJAJA
19 Jun 2026
YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah menghadiri sidang media berhubung Projek Pembangunan Semula Gerai Penjaja UTC Sentul yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Projek ini melibatkan pembinaan 20 unit gerai baharu yang lebih selesa, selamat dan tersusun bagi memastikan penjaja dapat kembali meneruskan perniagaan di lokasi yang sama setelah projek siap dilaksanakan
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dan DBKL dalam memperkasa komuniti penjaja bandar melalui penyediaan kemudahan perniagaan yang lebih berkualiti, di samping menjaga kebajikan serta kelangsungan sumber pendapatan penjaja.
Turut hadir, YB Prabakaran, Ahli Parlimen Batu dan YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.